PUTRAJAYA 28 April - Usaha meningkatkan integriti dalam kalangan semua pihak berkepenti-ngan di negara ini terutama menje-lang status negara maju pada tahun 2020 seharusnya dijadi kan sebagai satu misi nasional. Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi (gambar)berkata, ia amat penting kerana kejayaan Malaysia mencapai status tersebut perlu seiring dengan pe-n ingkatan integriti penduduknya. Malah, beliau berkata, dengan menjadikannya misi nasional semua pi hak tidak terkecuali dalam soal berkaitan integriti sama ada kerajaan, sw asta, korporat mahu pun rakyat. "Apabila sebut soal integriti banyak pihak beranggapan tanggungjawab ini hanya dipikul oleh kerajaan semata - mata sedangkan semua pihak turut terbabit. Persepsi se-perti ini tidak seharusnya timbul. "Golongan korporat, pihak swasta serta rakyat juga tidak terkecuali daripada memikul tanggungjawab ini. Kita semua wajib menjadi seorang individu yang berintegriti," katanya kepada pemberita dalam satu perte muan di pe jabatnya di sini baru - baru ini. Dalam perkembangan berkaitan, Abdullah berkata, melalui misi nasional perjuangan memantapkan lagi inte-griti tidak akan terhenti pada tempoh tertentu sebaliknya akan diteruskan meskipun Malaysia telah mencapai sta tus negara maju pada masa itu. "Perjuangan ini tidak harus terhenti sebaik sahaja kita telah mencapai negara maju pada tahun 2020 sebaliknya usaha ini perlu dipergiat dan diteruskan lagi untuk tah un - tahun selepas itu," katanya. Abdullah berkata, sektor p endi-dikan merupakan bidang yang wajar diberikan tumpuan dalam usaha Malaysia melahirkan lebih ramai rakyat berinteg riti di dalam kehidupan mereka. "Bagi saya bidang pendidikan kita perlu ditambah nilai de-ngan segala berkaitan dengan integriti. Pelajar - pelajar kita perlu didedahkan apakah maksud sebenar integriti serta kesannya kepada negara serta kehidupan daripada peringka t awal lagi," katanya. Sehubungan itu, katanya, golo-ngan kanak - kanak di sekolah rendah merupakan kumpulan yang perlu diberi pendidi kan awal mengenai integriti supaya mereka menjadi raky at beramanah pada masa hadapan. Selain itu, beliau turut mengaitkan kepentingan integriti dengan perpa-duan yang seharusnya menjadi agenda utama bagi setiap rakyat tidak kira agama, warna kulit dan kaum. Menurutnya, tanpa wujudnya integriti dalam jiwa mereka, adalah sukar untuk rakyat negara ini menjalinkan kesatuan yang begitu kuat namun jika elemen tersebut menjadi panduan sudah pasti Malays ia akan terus aman dan harmoni. "Saya mahu melihat setiap r akyat kita bersatu padu tanpa ada sebarang prasangka antara mereka. Saya juga mahu melihat setiap rakyat membantu antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang dan warna kulit. "Saya yakin hasrat ini boleh dicapai jika kita benar - benar menjadikan int egriti sebagai salah satu elemen terpenting di dalam kehidupan," katanya lagi. Menjawab satu soalan, beliau optimis kewujudan Institut Inte-griti Malaysia (IIM) dan pelaksanaan Pelan Integriti Nasional (PIN) sejak 10 tahun lalu berada pada landasan tepat dalam usaha melahirkan lebih ramai rakyat yang berintegriti. "Secara peribadi saya melihat terdapat peningkatan integriti dalam kala-ngan rakyat negara ini baik di pihak kerajaan, swasta mahupun korporat sejak IIM ditubuhkan dan PIN dilancarkan antaranya kejayaan mengurangkan ke renah birokrasi," katanya lagi. Bagaimanapun, tegas beliau, masih ada beberapa ruang ya ng boleh dibuat penambahbaikan. "Bagi saya ini merupakan fasa seterusnya yang perlu diberi tumpuan oleh pihak IIM supaya pelan yang telah dilaksanakan sejak 10 tahun lalu terus memberi manfaat kepada rakya t secara keselu ruhan," ujarnya. Untuk rekod penubuhan IIM pada tahun 2004 serta pelancaran PIN pada tahun sama merupakan inspirasi dan cetusan idea Abdullah ketika beliau memegang jawatan Perdana Menteri kelima. PIN merupakan pelan induk yang bertujuan m emberi hala tuju dan panduan kepada masy arakat dan negara secara amnya. PIN merangkumi falsafah dan cabaran dalam Wawasan 2020 yang bertujuan menjadikan Malaysia bukan sahaja sebuah negara maju dari segi ekonomi dan teknologi bahkan seiring dengan peningk atan etika dan integriti. Sumber : Utusan
Integriti perlu jadi misi nasional
- Details
- 576