KANGAR 27 Julai – Semua anggota dan pegawai polis yang ditugaskan di kawasan sempadan negeri ini akan dipastikan bukan dalam kalangan mereka yang ‘dibuang’ atau dikenakan tindakan tatatertib.
Ketua Polis negeri, PeÂmangÂku Senior Asisten Komisioner Shafie IsÂmail (gambar) berkata, bagi tuÂjuan itu, beliau sendiri akan menyemak latar belakang keÂsemua anggota dan pegawai yang bertugas di sempadan.
“Sekiranya saya dapati ada yang memiliki rekod disiplin atau integriti, saya akan memohon Bukit Aman supaya menggantikan mereka dengan individu lain.
“Kita tidak mahu ada antara mereka yang mempunyai masalah integriti dan boleh menjejaskan imej anggota yang jujur bertugas di sempadan,†katanya ketika ditemui dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau menyokong cadangan kerajaan negeri untuk memendekkan tempoh penugasan anggota dan pegawai yang bertugas di sempadan daripada setahun kepada enam bulan bagi mengelakkan mereka terjebak dengan gejala rasuah.
Kata beliau, lokasi sempadan merupakan kawasan sensitif dan sehubungan itu, langkah berkenaan diyakini dapat menghindari anggota pasukan keselamatan menjalin hubungan rapat antara masyarakat setempat mahu pun pihak penjenayah.
Baru-baru ini, Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man mencadangkan agar penempatan anggota pasukan keselamatan yang menjaga kawasan sempadan negeri ini dilakukan lebih kerap iaitu daripada setahun kepada enam bulan bagi mengelakkan golongan itu terjebak gejala negatif.
Sumber : Utusan Online