IPOH 1 Julai - Dua tauke ladang dari CameÂron Highlands termasuk seÂÂorang lelaki warga BangÂlÂaÂdesh hari ini menyerah diri di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak bagi membantu siasatan kerana disyaki memberi rasuah kepada pegawai agensi penguat kuasa.
Penahanan dua suspek terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan tauke ladang yang ditahan setakat ini seramai 21 orang.
Lelaki warga tempatan berusia 39 tahun itu ditahan selepas menyerah diri pada pukul 9 pagi manakala lelaki Bangladesh berusia 41 tahun itu pula diberkas pada pukul 2 petang ini.
Sumber SPRM memberitahu, daripada kesemua tangkapan itu, lapan daripadanya ditahan di Ringlet, Tanah Rata (1), Tringkap (2), Brinchang (1), Kampung Raja (4) dan lima lagi menyerah diri di Pejabat SPRM Perak.
Katanya, siasatan awal mendapati kesemua suspek berusia antara 20 hingga 68 tahun itu dipercayai mengÂusahakan ladang seluas 67 hektar di kawasan tanah tinggi itu.
“Seramai 19 tauke ladang telah ditahan semalam dalam Ops Sejuk yang bermula pukul 9 pagi hingga lewat malam. Dua lagi suspek bagaimanapun berada di luar kawasan dan kita telah minta mereka hadir serah diri hari ini.
“Setakat ini, kesemua 19 tauke ladang ini telah dilepaskan dengan jaminan selepas kita merekodkan keterangan mereka,†katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut sumber itu, sebanyak 25 aduan rasuah telah dibuat mengikut Seksyen 17B Akta SPRM dimana meÂlibatkan kesalahan tidak mengambil tindakan meroboh kebun sayur yang diusahakan secara haram di tanah kerajaan dan hutan simpan.
Katanya, aduan itu turut melibatkan kesalahan melanggar syarat Lesen Pendudukan Sementara (LPS) dan bangunan kekal, melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI), menyimpan racun tidak berjadual dan menggunakan parabola.
“Selepas pelbagai operasi melibatkan pelbagai agensi bagi menangani masalah di kawasan ini dijalankan, kita hairan apabila perkara sama masih berlaku seperti sebelum ini.
“Keadaan ini menimbulkan rasa curiga apabila melihat senario ini masih wujud,†katanya.
Ditanya sama ada kemungkinan akan ada tangkapan lain selepas ini, sumber itu berkata, ia bergantung kepada soal siasat terhadap keÂsemua suspek terbabit.
“Sehingga kini hanya 21 suspek ditangkap dan kita jangkakan sudah tiada lagi. Bagaimanapun, sekiranya timbul nama lain semasa soal siasat, siasatan lanjut akan diteruskan,†ujarnya.
Sumber : Utusan Online