CAMERON HIGHLANDS 29 Jun – RM50 satu kepala. Itulah nilai yang didakwa dibayar kepada segelintir anggota agensi penguat kuasa bagi melindungi pendatang asing di daerah peranginan ini.
Berikutan adanya pembayaran ‘wang perlindungan’ itu, warga asing tidak pernah takut untuk menjalankan apa juga aktiviti di tanah tinggi tersebut termasuklah berniaga.
Sumber berkata, kehadiran pendatang asing ke pusat peranginan itu bukan perkara baharu dan tidak mengejutkan jika mereka berani menjalankan aktiviti seumpama itu.
“Warga asing ini tidak takut kerana mereka dilindungi segelintir anggota agensi penguat kuasa dengan membayar wang perlindungan sekurang-kurangnya RM50 seorang.
“Ekonomi kawasan tanah tinggi ini dimonopoli warga asing dengan menguasai pengeluaran hasil tanaman, membuka kedai runcit dan berniaga di pasar malam,†dakwanya kepada Utusan Malaysia.
Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di Kampung Raja mendapati warga Bangladesh menguasai pasar malam di situ.
Situasi yang sama dapat dilihat di Ringlet, apabila warga Bangladesh terus menjalankan perniagaan membuka kedai runcit dan berniaga di pasar malam.
Difahamkan, setiap hari warga asing itu bebas berniaga di pasar-pasar malam di lokasi berbeza di seluruh daerah ini.
Tinjauan di Kuala Terla pula mendapati kedai-kedai runcit diusahakan warga asing yang menjual keperluan harian masih beroperasi seperti biasa.
Bagaimanapun, kawasan Brinchang yang merupakan lokasi tumpuan pelancong menunjukkan penurunan kehadiran warga asing berbanding dahulu.
Pada 2 November lepas, Mingguan Malaysia menerusi laporan khasnya melaporkan pendatang asing di kawasan tanah tinggi bukan sekadar membuka kedai runcit malah bebas menggaji rakyat dari negara mereka sendiri sebagai pekerja kerana diberi ruang berbuat demikian.
*guna keratan akhbar 2 November 2014 dan gambar tinjauan dahulu
*Pakai dua keping gambar dulu dan terbaru..
Sumber : Utusan Online