KUALA TERENGGANU, 24 Jun (Bernama) -- Pihak berkuasa diminta mengambil tindakan ke atas bot pukat jerut haram yang menjalankan operasi waktu malam pada unjam yang dibina oleh kerajaan untuk nelayan pantai di Terengganu. Pengerusi Persatuan Nelayan Kuala Terengganu Selatan (PNKTS) Hasan Ismail berkata kini nelayan pantai sukar mencari makan kerana perbuatan tidak bertanggungjawab bot pukat tunda haram itu. "Kalau macam itulah, kita percaya hasrat kerajaan membina unjam-unjam tersebut tidak mencapai matlamat," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Hasan berkata bot pukat jerut berbuat demikian kerana unjam berkenaan dikatakan banyak didiami oleh spesies ikan bermutu tinggi seperti jemuduk, merah, cermin dan jenahak. Menurut Hasan, perkara tersebut pernah dilaporkan kepada pihak berkuasa di negeri ini, namun tiada sebarang perkembangan sehingga kini. "Kita merayulah supaya pihak berkuasa memberi sedikit perhatian dalam perkara ini supaya nelayan-nelayan pantai dapat mencari makan," katanya. Dalam perkembangan lain Hasan berkata kini, pendaratan ikan terutamanya di Kuala Terengganu didapati berkurangan kira-kira 50 peratus sejak awal bulan puasa. "Di Kompleks Pendaratan Ikan Pulau Kambing di sini, biasanya 20 hingga 30 buah bot mendaratkan ikan setiap hari tetapi sekarang, cuma tujuh atau lapan buah sahaja," katanya menambah harga ikan akan meningkat secara tidak langsung berikutan kekurangan pendaratan ikan itu.

Sumber : Bernama Online

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.