PUTRAJAYA, 15 Jun (Bernama) -- Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) akan mengadakan sesi pendengaran awam susulan kes kematian tahanan dalam lokap polis, N. Dharmendran, dua tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif EAIC Kamal Baharin Omar berkata sesi pendengaran awam itu dibuka kepada orang awam dan pihak media akan bermula pada 27 Julai hingga 21 Ogos ini di bangunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam)

"Pendengaran awam ini merupakan lanjutan daripada siasatan awal pasukan petugas EAIC yang ditubuhkan dua tahun lalu bagi mengesan sama ada terdapat salah laku dalam kes yang melibatkan kematian N. Dharmendran semasa dalam tahanan polis," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kamal Baharin berkata pendengaran itu diadakan mengikut aturan di bawah Seksyen 35 Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 (Akta 700).

Katanya pasukan petugas yang ditubuhkan pada 28 Mei 2013 itu dibantu oleh tiga orang juruperunding yang dilantik oleh EAIC mengikut bidang kepakaran masing-masing.

Pada 21 Mei 2013, Dharmendran disahkan mati di ibu pejabat polis kontinjen Kuala Lumpur.

-- BERNAMA

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.