Itulah persoalan yang dilontar oleh Presiden Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (REACH), R. Ramakrishnan yang mempersoalkan kenapa sehingga ke hari ini tiada majikan PATI yang ditahan mahupun didakwa.

Malah beliau juga mendakwa, maklumat operasi Jabatan Imigresen bagi membanteras PATI juga bocor sehingga menimbulkan persoalan siapa sebenarnya menjadi dalang yang bersedia berbuat demikian.

“Hampir setiap hari, pasti akan ada operasi penguatkuasaan bagi menangkap PATI yang bekerja secara haram di tanah tinggi itu dan perkara tersebut terbukti apabila seringkali terlihat Jabatan Imigresen menahan warga asing untuk dihantar ke pusat tahanan.

“Bagaimanapun, kita masih tidak mendengar atau melihat pihak majikan yang melindungi PATI itu ditangkap mahupun didakwa. Kadangkala, sebelum pihak penguat kuasa sampai ke lokasi pun sudah ada PATI yang melarikan diri setelah berlakunya kebocoran maklumat,” katanya kepada Mingguan Malaysia baru-baru ini.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melakukan pemeriksa­an mengejut ke Cameron High­lands untuk melihat perkembangan terkini usaha baik pulih dan pemantauan pihak berkuasa berikutan insiden banjir lumpur dan tanah runtuh di kawasan peranginan itu pada November tahun lepas.

Dalam pada itu, pada 3 Mac lalu, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Dr. Mohd. Ali Mohamad Nor memberitahu, operasi pembersihan yang dijalankan di tanah tinggi itu sejak akhir tahun lalu melibatkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta agensi di bawah Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Pahang.

Menurutnya, kira-kira 10 hingga 15 peratus ladang-ladang haram di Cameron Highlands telah dibersihkan.

Mengulas perkara itu, Ramakrishnan turut mendakwa, walaupun operasi membersihkan ladang haram dilakukan namun penerokaan tanah secara haram masih berlaku.

Mingguan Malaysia difahamkan, operasi pembersihan PATI dan penerokaan tanah haram dikatakan berhadapan dengan pelbagai kekangan namun tidak mematah semangat MKN untuk meneruskan usaha tersebut.

Sumber : Utusan Online

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.