Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, pertemuan tersebut akan melibatkan 50 syarikat besar termasuk pihak pengurusan pasar raya dan pasar raya besar bagi mendapatkan maklum balas berhubung gesaan rakyat yang mahu harga barang diturunkan ekoran penurunan harga minyak.

“Dalam perjumpaan itu, saya akan memberi gambaran sebenar mengenai harga barang pada masa ini. Ada kalanya rakyat menerima persepsi yang tidak betul.

“Ketika harga minyak naik, apa barangan yang naik harga dan apa pula yang turun, jadi saya akan berikan situasi di seluruh negara berdasarkan kepada sektor tertentu seperti makanan, pakaian dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis ramah mesra bersama pemimpin masyarakat Parlimen Kuala Pilah di sini, hari ini.

Hasan berkata, KPDNKK sering mengadakan pertemuan dengan syarikat besar tetapi kali ini akan lebih memberi fokus kepada pengurangan harga barangan susulan penurunan harga minyak.

Selain itu, jelasnya, perbincangan juga adalah mengenai persiapan dan kaedah ke arah penurunan harga barangan dalam u­saha mewujudkan suasana harmoni antara pengguna dan peniaga.

Sumber : Utusan Online

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.