Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pi­hak­nya sedang mengumpul semua bukti berkaitan dan akan berbincang dengan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Tegas beliau, arahan supaya anggota polis terbabit ditahan kerja telah dikeluarkan dan siasatan rapi sedang dilakukan.

“Pihak polis tidak akan lindungi mereka. Kita sedang kumpul bukti dan apabila sudah siap, kita akan bincang dengan Peguam Negara de­ngan tujuan untuk membuat per­tuduhan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Perpustakaan Bestari Samsung di Maktab PDRM, di sini hari ini.

Pada Sabtu lalu, remaja ber­kenaan membuat laporan yang mendakwa kedua-dua pegawai polis terbabit telah menangkap dia dan teman lelakinya yang sedang melakukan hubungan seks di dalam kereta di Kota Damansara pada 26 Januari lalu dan telah mengambil kesempatan terhadap dirinya.

Selain merogol, kedua-dua anggota berpangkat Lans Koperal itu turut meminta rasuah seba­nyak RM2,000 untuk dilepaskan.

Sementara itu, mengulas dakwaan laporan akhbar asing pada Isnin lalu yang mendakwa pasangan penjenayah Amedy Coulibaly dan isterinya, Hayat Boumeddiene yang melakukan serangan di Paris, Perancis bulan lalu, pernah memasuki negara ini, Khalid sekali lagi menafikan dakwaan tersebut.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, hasil pencarian dan semakan polis mendapati pasa­ngan itu tidak pernah memasuki Malaysia,” ujarnya.

Sumber: Utusan Online

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.