KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mengesahkan kes seorang tahanan ditemui mati dalam lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang pada 26 Mei 2013 bukan disebabkan kekasaran anggota polis ke atas lelaki tersebut.

Pengerusinya, Datuk Yaacob Md. Sam berkata, siasatan sebaliknya mendapati kematian R. Jamesh Ramesh, 40, akibat penyakit hati kronik yang gagal berfungsi iaitu akibat pengambilan alkohol dan dadah secara berlebihan.

“Tiada unsur salah laku atau apa-apa penggunaan kekerasan fizikal oleh anggota polis yang terlibat dengan penangkapan dan semasa tempoh penahanan lelaki itu di lokap.

“Hasil pemeriksaan juga mendapati tiada sebarang kecederaan luaran atau dalaman yang dialami oleh si mati,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Yaacob berkata, antara langkah yang diambil petugas EAIC dalam menyiasat insiden tersebut adalah mengambil keterangan 32 orang saksi termasuk anggota polis, pegawai perubatan, orang tahanan dan ahli keluarga Jamesh Ramesh.

Beliau turut memaklumkan petugas siasatan EAIC melawat tempat kejadian iaitu lokap Balai Polis Centra, mengkaji dokumen berkaitan termasuk Buku Perharian Balai, Buku Daftar Keluar Masuk OKT, Buku Lawatan Pegawai Lokap, Buku Daftar Makanan, laporan bedah siasat dan laporan kimia beserta gambar-gambar post-mortem lelaki itu.

Kata beliau, analisa ke atas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Lokap Balai Polis Central turut dilakukan dan menghadiri prosiding inkues yang dijalankan di Mahkamah Koroner Georgetown.

Media pada 26 Mei lalu melaporkan, seorang tahanan lelaki ditemui mati dalam lokap IPK Pulau Pinang oleh seorang pegawai polis kira-kira pukul 10.30 pagi. – mynewshub.cc

Sumber : mynewshub.cc

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.