KOTA TINGGI - Sebanyak 21 pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan dalam operasi di tapak pembinaan di Taman Sri Saujana, di sini, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Rahmat Othman berkata operasi enam jam diketuai Ketua Polis Balai Kota Tinggi Inspektor Azri Yaacob itu bermula sejak 7 malam semalam.

Katanya, operasi meliputi serbuan di rumah kongsi pekerja di tapak pembinaan terbabit dan kesemua 21 PATI itu ditahan kerana tidak memiliki dokumen yang sah dan tidak memiliki permit kerja.

"Kesemua mereka membabitkan 12 lelaki warga Bangladesh dan sembilan warga Indonesia iaitu tujuh lelaki dan dua wanita," katanya di sini hari ini.

Rahmat berkata kesemua mereka kini ditempatkan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi untuk tindakan lanjut.   

Beliau berkata, operasi membanteras PATI akan dijalankan secara berterusan bagi mengekang kebanjiran PATI di daerah ini. 

usteru, orang ramai diminta memberi maklumat berhubung kehadiran pekerja asing tanpa permit dengan menghubungi Bilik Gerakan IPD di talian 07-8837222atau mana-mana balai polis berhampiran, katanya. - Bernama

Sumber: Sinar Harian

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.