Pengarah Penguatkuasaannya, Mohd. Roslan Mahayudin berkata, serbuan yang dilakukan dengan kerjasama Business Software Alliance (BSA) iaitu entiti yang dianggotai pembekal perisian komputer antarabangsa seperti Microsoft, Symantec dan Adobe itu merupakan yang tertinggi berbanding rampasan pada tahun sebelum ini.
Menurutnya, serbuan paling banyak dibuat di Selangor deÂngan 27 serbuan melibatkan rampasan bernilai RM5.1 juta diikuti Pulau Pinang (14 serbuan), Kuala Lumpur (11), Johor (9), Kedah (5), Sarawak (3), Kelantan (2) dan masing-masing satu di Perak dan NeÂgeri Sembilan.
“Pada tahun lepas dengan kerjasama daripada BSA kita berjaya merampas sebanyak 254 komputer dan peralatan bernilai RM762,000 dan 1,328 perisian cetak rompak yang bernilai RM15.1 juta di seluruh negara.
“Rampasan pertama dilakukan pada 30 September lalu di Johor Bahru di kilang membuat acuan plastik yang dipercayai menggunakan perisian tidak berlesen bernilai RM1.6 juta dan diikuti rampasan bernilai RM1.2 juta yang dibuat terhadap sebuah syarikat peralatan kejuruteraan dan acuan suntikan plastik,†katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar rampasan terhadap 73 perniagaan yang menggunakan perisian cetak rompak sepanjang tahun lalu di pejabatnya, di sini hari ini.
Yang hadir sama, Pengarah Kanan BSA, Roland Chan.
Mohd. Roslan berkata, majoriti industri yang terlibat dalam menggunakan perisian cetak rompak tersebut adalah arkitek, rekaan dan pembuatan perabot, pembuatan acuan plastik, rekaan kreatif, minyak dan gas, rekaan dalaman, kejuruteraan serta kolej swasta.
Pada masa sama, beliau turut menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa pihaknya menyasarkan industri tertentu bagi melakukan serbuan tersebut sebaliknya bertindak berdasarkan aduan yang diterima.
Sementara itu, Chan berkata, berdasarkan tinjauan yang dibuat International Data Corporation (IDC) pada 2013 sebanyak 54 peratus perisian komputer yang digunakan oleh komputer peribadi (PC) di Malaysia tidak berlesen dan bernilai RM2 bilion.
Katanya, pengguna komputer seharusnya mengelak daripada menggunakan perisian cetak rompak kerana berbahaya dari segi keselamatan dan mudah diserang virus atau Malware.
Sumber: Utusan Online