KUALA LUMPUR 22 Mac - Kerajaan akan membawa isu mengenai tempoh perkhidmatan pegawai yang memegang sesuatu jawatan strategik di sesuatu kementerian untuk dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet akan datang.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, perkara itu bertujuan bagi mengelakkan berlakunya kejadian salah guna kuasa membabitkan pegawai di jawatan strategik terbabit, sebagaimana yang berlaku dalam Kementerian Belia dan Sukan.
“Kita kena lihat semula dari aspek berapa lama tempoh seseorang peÂgawai yang meÂmegang jawatan strategik, miÂsalÂnya menjadi SeÂtiausaha Bahagian Kewangan. Perlu ditetapkan tempoh tidak melebihi dua atau tiga tahun kerana berdasarkan peÂngaÂlaman yang ada, sekiranya baik, patut dinaikkan pangkat atau dipindahkan ke kementerian lain.
“Ini antaranya untuk meÂngelakkan mereka yang fasih serta memahami segala selok-belok dan kaedah untuk mengÂgunakan kedudukan sehingga berlakunya salah guna kuasa. Jadi, ini juga menjadi perkara yang insya-Allah akan kami timbulkan pada mesyuarat Kabinet akan datang,†katanya keÂtika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Kementerian Belia dan Sukan semalam mengesahkan seorang pegawai kanannya ditahan dan disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu penyelewengan dana kerajaan bernilai lebih RM100 juta.
Dalam pada itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed memberitahu, prosedur kewangan sedia ada di kementerian telah mantap dan sentiasa ditambah baik tetapi isunya di sini ialah penggiliran kakitangan.
Nur Jazlan yang sebelum ini merupakan Pengerusi JaÂwatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkata, masalah juga timbul apabila wujud pakatan dalam kalangan pegawai-pegawai kementerian sehingga boleh ‘menewaskan’ prosedur-prosedur yang sepatutnya menghalang berlakunya penyalahgunaan.
“Kadangkala satu pegawai duduk dalam jawatan terlalu lama sehingga boleh menjadi satu perkara yang memudahkan salah guna kuasa berlaku,†jelas beliau.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak pula menegaskan bahawa wajar bagi kementerian meneliti kaedah pembahagian kuasa supaya ada akauntabiliti memandangkan yang diuruskan adalah duit rakyat dan perlu digunakan untuk tujuan sepatutnya.
“Masalahnya dalam prosedur ini banyak diserahkan kepada budi bicara, kadangkala kita bagi kelonggaran kepada mana-mana ketua untuk ikut budi bicara mereka.
“Sekiranya budi bicara tiÂdak memberi interpretasi yang jelas, akhirnya boleh disebabkan salah guna kuasa. Apa yang penting, pada saya ialah perlunya sistem pentadbiran yang mengambil kira perkara seperti ini,†ujar beliau.
Sumber : Utusan Online