Polis Johor buru anggota SPRM pukul ugut isterijpg

JOHOR BAHRU: Polis Johor mengesahkan menerima dua laporan dan sedang memburu seorang anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terbabit dengan keganasan rumah tangga.

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata pihaknya ada menerima dua laporan daripada wanita mendakwa isteri suspek yang dipukul dan diugut dengan parang.

Katanya, susulan laporan itu polis membuka dua kertas siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan/Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.

"Suspek dalam kes ini adalah anggota SPRM, namun tidak hadir bertugas di pejabatnya di Segamat selain mempunyai rekod lampau berhubung kes narkotik di Muar pada tahun lalu.

"Polis Johor memandang serius kejadian ini dan sedang berusaha mengesan serta menangkap suspek," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Wan Ahmad Najmuddin berkata, baru-baru ini viral di laman Facebook berkaitan satu petikan seorang wanita yang menjadi mangsa rumah tangga bersama suaminya yang juga anggota SPRM.

"Kandungan petikan di laman Facebook itu menceritakan mangsa dipukul oleh suaminya serta pernah diugut dengan parang dan dipaksa menghisap kemaluan anaknya oleh suspek," katanya.

Sumber : Berita Harian Online

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.