Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) menyambut baik pendakwaan jenayah oleh Jabatan Peguam Negara terhadap tiga anggota polis yang terlibat dalam kes kematian dalam tahanan pada 2014. Mangsa Syed Mohd Azlan Syed Mohamed Nur meninggal dunia dalam tahanan polis Kota Tinggi, Johor pada 3 November 2014. Ketiga-tiga anggota polis itu dituduh bawah seksyen 304(b) Kanun Keseksaan dan kes itu telah dipanggil di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi pada 16 Ogos dan disambung bicara pada 17 Ogos 2016. Jika disabitkan kesalahan, ketiga-tiga anggota tersebut boleh dijatuhkan hukuman penjara hingga 10 tahun, denda atau kedua-duanya sekali, menurut Pengerusi EAIC Datuk Yaacob Md Sam. Dalam kenyataannya hari ini, Yaacob mengingatkan pada dapatan siasatan mereka tahun lalu yang mendapati kematian mempunyai kaitan dengan penggunaan kekerasan fizikal oleh polis yang menjalankan tangkapan dan soal siasat. EAIC turut mengalu-alukan Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) polis mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai dan anggota-anggota yang telah dikenal pasti melakukan salah laku.

Sumber: Malaysiakini

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.