KUALA LUMPUR 18 Julai - Menjelang tahun 2020, kesemua kenderaan be­rat yang digunakan bagi membawa muatan barang dan pengangkutan awam wajib dilengkapi dengan alat khas kawalan had laju. Nadzri Siron Ketua Pengarah Jabatan Pe­ngangkutan Jalan (JPJ), Datuk Nadzri Siron berkata, pihaknya memberi masa selama dua tahun bermula tahun lepas kepada ke­semua pemilik kenderaan baharu untuk memasang alat tersebut. Katanya, penguatkuasaan terhadap kenderaan lama pula akan bermula pada 2018 dan pemilik kenderaan berkaitan diberi tempoh selama dua tahun untuk mematuhi undang-undang tersebut. “Berikutan kemalangan jalan raya melibatkan bas ekspres semakin menjadi-jadi, kita akan mengambil langkah awal dengan memberi amaran pertama jika kenderaan lama tidak memasang alat kawalan had laju. “Amaran itu akan diberikan oleh Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom) ketika kenderaan itu menjalani pemeriksaan pertama yang ditetapkan enam bulan sekali atau dua kali setahun,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Semalam, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengarahkan JPJ dan Puspakom, supaya semua bas ekspres baharu perlu dipasang alat penetapan had kelajuan kenderaan. Tiada pengecualian dan dilaksanakan serta-merta. Menurut Nadzri, dalam pemeriksaan seterusnya, ken­deraan berat itu tidak akan mendapat kelulusan Puspakom jika pemilik kenderaan masih tidak memasang alat kawalan had laju pada kenderaan masing-masing. Katanya, kenderaan terbabit juga dilarang menjalankan operasi (membawa muatan barang dan pengangkutan awam) dan boleh dikenakan saman JPJ jika masih berdegil. “Kita tidak boleh mengambil tindakan serta-merta kerana ba­nyak proses yang perlu dijalankan terlebih dahulu selain tidak mahu membebankan pemilik kenderaan berat. “Kos pemasangan alat kawalan had laju ini memang mahal dan mereka perlu memastikan peralatan itu mempunyai Sijil Pemasa­ngan yang diiktiraf oleh International Body Certificate (IBC) yang turut diluluskan oleh JPJ,” katanya.

Sumber: Utusan Online

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.