IPD Johor Bahru Selatan jadi contoh

JOHOR BAHRU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS) mempraktikkan model perkhidmatan terbaik dalam memberikan perkhidmatan dan menangani kes jenayah yang boleh dijadikan contoh kepada IPD lain.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, berkata tenaga kerja yang telus, selain komitmen dalam menjalankan aktiviti yang betul akan meletakkan sesuatu kawasan itu sebagai kawasan yang maju dan selamat.

Katanya, setiap pegawai dan anggota polis harus mengamalkan sikap cepat bertindak dalam setiap tugasan, sekali gus memberi kepercayaan penuh kepada masyarakat setempat.

"Sikap yang betul akan menjurus kepada pembawakan yang betul, sekali gus penyampaian perkhidmatan yang sihat. Setiap tindakan yang dilaksanakan akan mencerminkan imej sebenar Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya berucap pada majlis penyampaian amanat kepada warga IPD JBS di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Kamarudin Md Din dan Ketua Polis Daerah JBS, Asisten Komisioner Shahurinain Jais.

Mohd Khalil berkata, tugas pasukan polis di bandar raya ini terlalu banyak sehingga mengakibatkan waktu kerja yang tidak selaras tetapi itu adalah pengorbanan yang pihak polis perlu berikan kepada masyarakat kerana permintaan masyarakat terhadap tugas polis adalah tinggi dan cabaran kepada setiap pegawai dan anggota untuk memenuhi permintaan terbabit.

"Semangat perlu ada dalam diri kita untuk menjalankan perkhidmatan dengan cemerlang dan kita perlu bertugas tanpa mengira agama dan bangsa untuk membanteras jenayah," katanya.

SOURCE :- Berita Harian Online 

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.