JELEBU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta masyarakat memanfaatkan agensi itu dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan salah guna kuasa dan rasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad berkata untuk mencapai matlamat itu, SPRM giat menjalankan program bagi mendekati masyarakat supaya mereka mudah menyalurkan maklumat.

"Kita mahu jadikan SPRM ini dilihat dan dirasai masyarakat, milik masyarakat, jentera masyarakat dan agensi masyarakat yang dapat membantu kita dan boleh menyalurkan sebarang bentuk salah guna kuasa dan rasuah.

"Mereka perlu sokong dan dukung kita. Kita mahu bela masyarakat kerana dalam isu salah guna kuasa dan rasuah, yang terkesan adalah masyarakat.
 

"Kerana itu, kita pergiatkan usaha dan program mendekati rakyat seperti hari ini yang merupakan sebahagian daripada program Gerakan Revolusi Anti Rasuah yang kita lancarkan 8 Mei lepas," katanya kepada pemberita pada program Ziarah Kasih SPRM Siri 3 di sini, hari ini.

Dzulkifli berkata SPRM tetap melaksanakan tugas demi kepentingan masyarakat walaupun hanya mempunyai kira-kira 1,900 pegawai dan anggota.

Pada program itu, SPRM turut memberikan sumbangan berbentuk keperluan harian kepada kira-kira 4,000 penduduk di empat Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Jelebu iaitu DUN Sungai Lui, DUN Pertang, DUN Chennah dan DUN Klawang.

Agensi itu juga menyampaikan sumbangan berbentuk peralatan perubatan kepada 10 penduduk Simpang Durian. 

source : Sinar Harian

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.