Mohd Khalil mula tugas Ketua Polis Johor

Majlis serah terima tugas itu berlangsung di Dewan Dato' Onn di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini dan disaksikan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun.

Pada majlis sama, turut diadakan upacara serah tugas jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Johor antara Datin Seri Musalma Mohd Saman dengan Datin Radziah Zakaria yang turut disaksikan

Mohamad Fuzi.

Mohd Khalil ketika ditemui melahirkan penghargaan apabila diberi kepercayaan memegang tampuk kepimpinan Polis Kontinjen Johor dan berjanji melakukan yang terbaik dalam memelihara ketenteraman awam di negeri ini.

"Strategi sedia ada akan diteruskan supaya dapat terus memelihara keselamatan di Johor," katanya.

source :- Berita Harian Online 

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.