Kerajaan sentiasa memikirkan cara bagaimana untuk terus menambahbaik perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat, dengan pelbagai inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan dilaksanakan bagi menjayakan Program Transformasi Kerajaan.
Apabila kita sebut mengenai transformasi dan pembangunan, ia tidak terhad semata-mata kepada infrastruktur, tetapi juga dari segi perkhidmatan yang disediakan dan menjadi kegunaan rakyat teramai.
Seiring dengan peredaran zaman di mana teknologi memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian, suka saya ketengahkan inovasi daripada pihak Polis Diraja Malaysia untuk memudahkan rakyat berurusan dengan mereka.
Sistem e-Reporting PDRM yang kini telah boleh digunakan oleh penduduk Lembah Klang membolehkan laporan polis dibuat secara atas talian tanpa perlu ke balai bagi kes tidak membabitkan jenayah atau tidak memerlukan siasatan lanjut polis.
Ini termasuk kes-kes seperti kehilangan kad pengenalan, lesen memandu, pasport, kad kredit, cukai jalan, kad ATM dan sebagainya yang mana ia mewakili 80 hingga 90 peratus laporan polis yang diterima.
Sebagai contoh, jika berlaku kehilangan kad pengenalan, anda hanya perlu melaporkannya melalui e-Reporting, cetak laporan tersebut dan bawanya ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk memohon kad pengenalan baharu.
Insya-Allah, sistem ini akan diperluas penggunaannya ke seluruh negara dalam masa terdekat ini.
Tahniah kepada PDRM dan juga Kementerian Dalam Negeri di bawah Dato’ Seri Zahid Hamidi atas inisiatif ini yang saya yakin dan percaya akan membawa banyak manfaat kepada rakyat.

source  :  Najib  Razak.Com

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.