MELAKA - Penjawat awam di negeri ini diseru agar terus mengekalkan keamanan dan keharmonian negara dengan menjalin hubungan baik antara kaum dalam usaha mempertahankan perpaduan rakyat berbilang bangsa di negara ini.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, kemakmuran ekonomi dan pem­bangunan pesat yang telah dicapai perlu diseimbangkan dengan perpaduan kaum yang seterusnya akan melahirkan keharmonian nasional.

Katanya, tahap kesedaran yang tinggi terhadap aspek tersebut akan menjadikan pencapaian ekonomi negeri menjadi lebih baik sekali gus memberi pulangan dan manfaat yang besar kepada masyarakat.

"(Justeru) dalam rangka Melaka diiktiraf oleh banyak pihak, jangan ada yang cuba meruntuh dan membinasakan apa yang kita bina ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri anjuran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), di sini hari ini.

Beliau turut melancarkan program 'Negaraku Sehati Sejiwa' peringkat negeri sempena bulan kemerdekaan yang berlangsung di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh.

Turut hadir Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Hussin dan barisan exco kerajaan negeri serta kira-kira 500 penjawat awam seluruh negeri.

Idris berkata, hubungan baik antara rakyat pelbagai kaum dan agama merupakan perkara yang sangat penting untuk dikekalkan yang mana menjadi teras kepada kejayaan negara dalam melahirkan kemakmuran ekonomi dan pembangunan pesat.

Dalam pada itu, beliau menggesa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri itu agar komited dalam memainkan peranan masing-masing dengan lebih efektif bagi menyalurkan kemudahan dan perkhidmatan kepada rakyat.

"Apabila PBT tidak memainkan peranan, impaknya akan terkena kepada kerajaan negeri sekali gus memberi imej (persepsi) buruk kepada masyarakat.

"Selain itu, saya mengharapkan kerjasama daripada semua PBT untuk meneliti setiap aduan daripada rakyat supaya dapat diselesaikan segera bertepatan dengan slogan 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’," katanya.

Selain MBMB, Melaka mempunyai tiga lagi PBT iaitu Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Majlis  Perbandaran Jasin dan Majlis Perbandaran Alor Gajah.

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.