Malaysia di tempat ke 63 kelajuan internet global

PETALING JAYA: Singapura mendahului semua negara lain di dunia, termasuk Malaysia dari segi kelajuan internet dengan rekod muat turun paling laju 55.13Mbps.
Berdasarkan data M-Lab, perkongsian antara Institut Teknologi Terbuka Amerika, Kajian Sumber Terbuka Google dan PlanetLab di Universiti Princeton, Malaysia menduduki tangga ke-63 dengan kelajuan muat turun 6.69Mbps.
Ini bermakna, penduduk Singapura hanya memerlukan 18 minit 34 saat untuk memuat turun sebuah filem HD 7.5GB, manakala filem sama mengambil masa 2 jam 33 minit 3 saat untuk dimuat turun di Malaysia.

Kajian lebih 12 bulan yang dijalankan di 189 negara sehingga Mei lalu itu, membabitkan lebih 63 juta ujian kelajuan jalur lebar.
Selain Singapura, prestasi Malaysia lebih baik daripada kebanyakan negara jiran di Asean selepas Thailand yang berada di kedudukan ke-29, dengan kelajuan internet 16.85Mbps.
Malaysia mendahului Vietnam yang berada di tempat ke-74 dengan 5.46Mbps, Indonesia ke-75 (5.19Mbps), Brunei ke-86 (3.83Mbps), Filipina ke-87 (3.69Mbps), Kemboja ke-98 (3.1Mbps), Myanmar ke-118 

source : Free  Malaysia Today 

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.