KUALA LUMPUR 3 Ogos - Sebanyak 75 peratus daripada 2,000 akaun media sosial palsu telah dikenakan tindakan termasuk sekatan dan penutupan pada tahun ini. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, bagi tempoh sepanjang tahun lepas sehingga Jun lalu, sebanyak 19 kes dikenakan kompaun manakala lima lagi didakwa dan disabitkan kesalahan termasuk media baharu, laman sesawang serta blog. “Untuk tindakan penutupan, akaun-akaun palsu akan dilaporkan kepada pihak penyedia perkhidmatan media sosial yang kebanyakannya berada di luar negara seperti Facebook dan Twitter berdasarkan pelanggaran terma dan syarat yang ditetapkan oleh mereka sendiri,” katanya ketika sesi soal jawab lisan dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini

Source : Utusan Online 

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.