KUCHING - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh mengesan sekiranya ada pencarum dana itu cuba membuat pengeluaran menggunakan dokumen palsu.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata ada pencarum dihampiri sindiket dan dijanjikan bahawa ada cara untuk mengeluarkan duit daripada KWSP dengan menggunakan dokumen palsu contohnya untuk pengeluaran perumahan.

"Sindiket akan menggunakan dokumen jual beli atau sewa beli palsu antara pencarum dengan pemaju yang tidak wujud, jadi kita boleh kesan sebab kita akan buat semakan dengan pemaju, bank dan peguam untuk menentukan sama ada dokumen itu sah atau tidak.

Menerusi sistem KWSP kita telah mengesan beberapa kes, kita telah pun menasihatkan pencarum jangan diperdaya dan juga telah ambil tindakan dengan membuat laporan polis serta tindakan kepada pencarum kerana pengeluaran palsu dan menggunakan dokumen palsu adalah satu kesalahan di bawah undang-undang," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis pelancaran program Bicara Persaraan Bersama KWSP oleh Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsmen) Datuk Talib Zulpilip di sebuah pusat membeli-belah di sini hari ini.

Program selama dua hari mulai hari ini merupakan sebahagian kempen celik kewangan KWSP dengan kerjasama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk mempromosikan program celik kewangan.

source :  Kosmo 

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.