KUALA LUMPUR 22 Julai - Kerajaan terpaksa menanggung kerugian hampir RM22 juta akibat sifat tamak seorang pengusaha kilang sarung taÂngan di Ladang Elmina, Sungai Buloh dekat sini yang dikesan menggunakan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi untuk kegunaan operasi kilangnya sejak 10 tahun lalu.
Lebih mengejutkan, premis pengusaÂha kilang sarung tangan berusia 50-an itu pernah diserbu pada Disember tahun lalu dan kes tersebut masih dalam siasatan.
Serbuan pada pukul 5.20 pagi hari ini dijalankan oleh Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara (NRRET) dengan kerjasama KementeriÂan PerdagaÂngan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman di dua lokasi.
Menurut sumber, dalam serbuan itu, sebanyak 402 tong LPG 12 kilogram (kg) dan 80 tong gas 50 kg kosong serta berisi LPG serta peralatan lain di premis di Sungai Buloh yang kesemuanya bernilai RM100,000 dirampas.
Kata sumber, kali ini, pengÂusaha tersebut bertindak lebih berani dengan menjalankan proÂses penyedutan LPG bersubsidi mengÂÂgunakan kaedah kompresor dalam sebuah gudang yang dibina bersebelahan kilang tersebut.
“Kita dapati gudang tersebut dibina lengkap dengan paip bawah tanah yang menyalurkan LPG bersubsidi terus ke kilang sebagai bahan api untuk operasi pembuatan sarung tangan,†katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
“Dalam sehari, kita anggarkan 400 tong LPG 12 kg dihantar ke kilang ini dan jika mengambil kira tempoh 10 tahun kilang tersebut beroperasi, dianggarkan penggunaan tong LPG bersubsidi hampir 1 juta tong dengan jumlah kerugian lebih RM20 juta kepada kerajaan,’’ ujarnya.
Source : Utusan Online