DUA POLIS DICEKUP BERNIAGA DALAM LOKAP

Dua anggota polis berpangkat Koperal dan Lans Koperal dari Balai Polis Sentral Ipoh ditahan selepas didapati cuba membawa masuk barang larangan ke dalam lokap, malam kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee berkata, dua anggota berkenaan ditahan dalam sebuah kereta Perodua Kancil di perkarangan balai berkenaan selepas dilihat berada dalam keadaan mencurigakan.

Pemeriksaan di dalam kenderaan itu kemudian menemui dua plastik sampah mengandungi pelbagai barangan dipercayai cuba dibawa masuk ke dalam lokap.

"Kertas inkuiri (siasatan dalaman) sudah dibuka sebelum polis mengklasifikasikan kes berkenaan mengikut seksyen bersesuaian," katanya seperti dilapor Berita Harian hari ini.

Antara barangan yang ditemui ialah bateri, rokok, minuman botol, coklat, ubat gigi, kek, daun terup serta beberapa barangan lain.

SOURCE :  MALAYSIA KINI 

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.