SPRM SANGKAL DAKWAAN PM ARAH TUTUP SIASATAN KES GOPI

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyangkal sebuah artikel dalam portal Sarawak Report bahawa siasatan kes membabitkan beberapa pegawai kanan polis telah ditutup atas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Ia tidak benar. (Siasatan) masih berjalan," kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Azam Baki kepada Malaysiakini.

"SPRM menjalankan siasatannya tanpa pengaruh mana-mana pihak," katanya merujuk kepada kes perlindungan kepada pusat judi haram dan rumah urut.

Pada Mei lalu, SPRM menahan 2 individu, sebahagian besar mereka anggota polis, dalam ‘Ops Gopi’ sempena nama seorang suspek iaitu G Gopinathan.

Memetik sumber, Sarawak Report mendakwa bahawa Azam dan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad telah dipanggil ke kediaman Najib dan diberitahu supaya menghentikan siasatan ke atas kes berkenaan.

"Sarawak difahamkan bahawa ini adalah atas arahan perdana menteri, yang dihubungi oleh ketua-ketua polis yang cemas dengan siasatan SPRM," katanya.

Portal itu juga mendakwa bahawa SPRM telah diarahkan untuk mengesyorkan "tiada tindakanlLanjut" apabila kes berkenaan dirujuk kepada pendakwa raya pendakwa raya minggu depan.

"Rancangan ini adalah untuk mengugurkan segala urusan secara senyap, tanpa sebarang pengumuman.

"Semua samseng yang disyaki telah diikat jamin, termasuk Gopi, walaupun dia dilaporkan telah membuat pengakuan penuh membabitkan pegawai kanan yang berhubungan dengannya,” petik laporan itu.

SOURCE : MALAYSIA KINI 

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.