PEGAWAI KANAN JPJ KENA SAMAN TRAFIK

Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Yusoff Ayob mengaku bersalah di mahkamah hari ini kerana memandu di laluan kecemasan.

Hakim Mahkamah Majistret Putrajaya, Nik Isfahanie Tasnim Ab Rahman menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM600 terhadap Yusoff atau dipenjara tujuh hari sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Yusoff, 58, didakwa melakukan kesalahan itu semasa memandu kereta dengan nombor pendaftaran BLY69 pada 7 Oktober 2016 pada pukul 6.27 petang di Lingkaran Putrajaya.

Kesalahan itu melanggar Peraturan 53 (1) Peraturan Lalulintas 1959, dan oleh itu merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 119(1)(c) Akta Pengangkutan Jalan 1957.

Bagaimanapun, Yusoff tidak hadir di mahkamah hari ini sebaliknya diwakili oleh pegawai khasnya.

Lelaki itu bagaimanapun enggan menyatakan namanya kepada oihak media.

Pendakwa raya Mohd Hafizuddin dan Rahalim Mohamed enggan memberi keterangan lanjut berhubung kes itu, sebaliknya memberitahu wartawan agar menghubungi bahagian perhubungan awam jabatan itu.

Sementara itu dalam rayuanny, pegawai khas Yusoff mendakwa Yusoff keluar untuk memantau jabatannya ketika kesalahan itu dilakukan dan "teruja" apabila beliau melihat orang awam merakam gambarnya.

Ini mendorong soalan dari Isfahanie sama ada Yusoff mengaku bersalah atau tidak, yang mana pegawai khas itu mengakuinya.

SOURCE :  MALAYSIA KINI 

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.