Tempoh pendaftaran tidak akan dilanjutkan, kata ketua pengarahnya.

Imigresen kesal kempen halalkan PATI gagal capai sasaran

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali meluahkan rasa kecewa apabila hanya 25% daripada sasaran 600,000 pendatang asing tanpa izin (PATI) membuat permohonan “Enforcement Card” atau E-kad.

Katanya, setakat semalam seramai 140,000 PATI melibatkan 26,738 majikan membuat permohonan E-kad.

“Saya tekankan esok (Jumaat) hari terakhir permohonan E-kad dan jumlah setakat ini yang memohon sangat meleset.

“Saya kecewa yang menggaji PATI tidak mengambil peluang ini untuk ‘legalise’ pekerja mereka,” katanya ketika membuat tinjauan proses permohonan E-kad di ibu pejabat Jabatan Imigresen semalam.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sudah banyak kali mengingatkan majikan dan pekerja sejak 15 Februari tahun ini supaya majikan mendaftarkan segera pekerja mereka untuk memperoleh E-kad.

Program E-kad yang dikeluarkan percuma bertujuan mendaftarkan dan membolehkan PATI mendapat permit kerja selepas melalui beberapa prosedur ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Mustafar berkata tempoh pendaftaran tidak akan dilanjutkan kerana masa diberi secukupnya.

Beliau turut memberi amaran tegas kepada PATI yang gagal mendaftar sehingga 12 tengah malam hari ini (Jumaat) akan diambil tindakan seperti menahan dan mengusir keluar dari negara ini.

“Hari ini sahaja yang datang antara 3,000 hingga 4,000 orang. Sebelum ini purata yang datang sehari hanya antara 800 hingga 1,000 orang,” katanya.

Sumber : Free Malaysia Today

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.