Kasi dia Carlsberg confirm OK

Siasatan awam ke dalam kematian tahanan polis, S Balamurugan mendedahkan bagaimana penghinaan kaum dan kata-kata menghina dituturkan dalam sembang kumpulan WhatsApp mengenai keadaan mangsa.

Sembang berkumpulan WhatsApp itu terdiri daripada para anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara.

Sebahagian daripada mesej dibacakan apabila Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Daerah ASP Norsanizam Nordin memberi keterangan sebelum sesi pendengaran Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).

Selepas gambar yang menunjukkan Balamurugan berada dalam keadaan lemah dipaparkan dalam sembang itu, peguam Eric Paulsen yang mewakili keluarga si mati, memetik salah satu mesej yang menyatakan, "Keling ini macam mana, bos? Dia macam nak mampus."

Norsanizam yang merupakan saksi ke-28 menjawab bahawa mesej tersebut tidak sesuai dalam sembang berkumpulan dan beliau mengambil tindakan segera.

"Saya mengambil tindakan dan menekankan dalam mesyuarat itu pada hari berikutnya bahawa ia adalah sembang berkumpulan yang rasmi untuk urusan rasmi," katanya.

Terdahulu, seorang anggota polis, yang mengenali tahanan yang mati dalam tahanan S Balamurugan sejak 2011, bergurau dalam pesanan teks bahawa dia patut diberi minum arak.

"Kasi dia Carlsberg, confirm OK," tulis Koperal Mohd Luqmanul Hakim Mukhtar dalam kumpulan WhatsApp melibatkan kakitangan balai polis Klang Utara.

Dia dikatakan memberi reaksi itu sebagai balasan terhadap pesanan lain berkaitan keadaan tahanan.

Teks itu dibacakan semasa pendengaran Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) berkaitan kematian mendiang hari ini.

"Tengok kawan nazak, tak simpati ke?" soal pengerusi EAIC aacob Md Sam kepada Luqmanul Hakim.

"Yang saya tahu, dia selalu minum,” jawab polis itu.

Luqmanul juga mendedahkan bahawa Balamurugan, yang pertama kali ditemuinya enam tahun lalu ketika si mati bekerja sebagai penarik kereta, adalah pemberi maklumatnya untuk kes curi kereta.

Balamurugan ditemui mati dalam lokap di ibu pejabat polis daerah (IPD) Klang Utara pada awal pagi 8 Februari.

Sumber : Malaysiakini

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.