Bukit Mertajam: Sebelas lelaki termasuk pegawai Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) Pulau Pinang ditahan polis sejak 14 hingga 27 Mac selepas disyaki terbabit dengan kes pecah amanah berjumlah RM9.5 juta.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, Asisten Komisioner Abdul Ghani Ahmad berkata, tangkapan pertama dilakukan di tempat kerja suspek sebelum membawa kepada beberapa tangkapan susulan.

Beliau berkata, pihaknya juga merampas beberapa barangan berharga termasuk kereta mewah serta jam tangan berjenama milik suspek di beberapa lokasi berasingan.

Katanya, modus operandi kumpulan itu ialah mengeluarkan stok beras dari gudang tanpa pengetahuan pihak pengurusan sebelum menjualnya kepada orang tengah.

Menurutnya, beberapa lagi suspek sedang diburu.

Resource : Harian Metro

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.