Polis hari ini menahan pemilik kilang sarang burung walit, Maxim Birdnest di Klang berhubung dakwaan penglibatan dalam aktiviti penyeludupan manusia.

DSP Hadzwan Zulkifli dari Unit Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Bukit Aman yang mengetuai serbuan pelbagai agensi itu mengesahkan polis turut menahan tiga kakitangan warga Malaysia yang lain.

Hadzwan tidak menamakan pemilik kilang tetapi Malaysiakini dalam laporan khas minggu lalu mengenal pasti lelaki itu sebagai Datuk Albert Tei yang berusia 29 tahun.

"Beliau ditangkap di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007, Akta Imigresen dan beberapa kesalahan lain," kata Hadzwan kepada Malaysiakini.

Beliau juga berkata terdapat sejumlah 155 pekerja di kilang itu, majoritinya adalah dari Indonesia manakala selebihnya adalah dari Myanmar.

Beliau berkata beberapa pekerja yang dipercayai adalah mangsa pemerdagangan manusia berjaya diselamatkan manakala yang lain disiasat kerana melanggar syarat-syarat permit kerja mereka.

Resource : MalaysiaKini

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.