SEMALAM, polis tidak meneruskan reman selama tiga hari terhadap anggota berusia 31 tahun yang bertugas di Kompleks KDN di Ayer Keroh, itu selepas permohonan sambung reman ditolak Mahkamah Majistret Alor Gajah. – Foto Muhammad Hatim Ab Manan

MELAKA: Polis akan meneruskan siasatan berhubung laporan seorang wanita warga Thailand yang mendakwa dirogol anggota Jabatan Imigresen Melaka, awal bulan ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Jalil Hassan, berkata siasatan tetap diteruskan walaupun ada laporan yang menyebut mangsa yang berusia 32 tahun menafikan kes itu wujud seperti yang dilaporkan oleh wakil kedutaan negara berkenaan.

“Polis akan tetap meneruskan siasatan kerana sudah menerima laporan yang dibuat mangsa.

“Ketika ini, kita masih menunggu laporan kimia bagi meneruskan siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Abdul Jalil mengulas laporan terbaru wanita warga Thailand berkenaan yang memberitahu wakil kedutaan negara itu di negara ini bahawa insiden dia dirogol seorang anggota Jabatan Imigresen negeri tidak benar.

Menurut Kementerian Luar Thailand, wanita itu juga menafikan berlakunya serangan seksual seperti yang didakwa serta dakwaan menggunakan bilik berasingan untuk mengambil keterangan.

“Kedutaan Diraja Thailand (di Malaysia) dimaklumkan oleh wanita berkenaan bahawa tidak berlaku serangan seksual serta soal siasat tertutup di bilik berasingan seperti yang dilaporkan,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan semalam.

Semalam, polis tidak meneruskan reman selama tiga hari terhadap anggota berusia 31 tahun yang bertugas di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Ayer Keroh, itu selepas permohonan sambung reman ditolak Mahkamah Majistret Alor Gajah.-BH.

Resource : Orangmuda.Tv

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.