SHAH ALAM - Mengenakan tindakan terhadap anggota polis yang memiliki masalah keberhutangan tinggi adalah tertakluk di bawah peraturan disiplin dan kelakuan pegawai awam.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, merujuk peraturan itu, mana-mana pegawai awam didapati memiliki kesusahan yang berat akibat hutang tinggi boleh dikenakan tindakan disiplin termasuklah dibuang kerja.

“Tidak ada masalah dan wajar tindakan itu diambil kerana ia mengikut peraturan.

“Sememangnya pegawai awam tidak boleh bebankan diri mereka dengan hutang dan mereka juga seharusnya tahu peraturan itu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed bahawa anggota polis yang memiliki keberhutangan tinggi dan terlalu bergantung dengan pinjaman luar berisiko dibuang kerja.

Nur Jazlan berkata, tindakan itu untuk jaga nama baik PDRM supaya semua anggota lebih telus dan bersih daripada amalan rasuah.

Mengulas lanjut, Musa berkata, masalah keberhutangan yang semakin meningkat itu berkemungkinan berpunca daripada kurangnya kawalan dan pantauan terhadap anggota polis terlibat.

“Di dalam institusi polis, terdapat peraturan disiplin, yang mana setiap anggotanya perlu mengisytiharkan sebarang harta yang mereka miliki dan juga sebelum membeli.

“Ia untuk memantau sama ada anggota tersebut layak memiliki harta itu atau tidak, supaya tidak timbul bebanan mereka terhadap hutang, tetapi jika tidak ada pantauan, itulah puncanya berlaku masalah keberhutangan serius ini,” katanya.

Selain itu, katanya, kesedaran anggota polis itu sendiri amat penting bagi memastikan perkara seperti itu tidak terus berlaku

Resource : Sinar Harian 

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.