PUTRAJAYA - Tahap integriti dalam kalangan penjawat awam semakin serius berbanding 10 tahun lalu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki berkata, berdasarkan statistik yang dikeluarkan Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat SPRM, sepanjang 2016 dan sehingga Februari 2017 sahaja, sebanyak 665 kertas siasatan dibuka melibatkan penjawat awam di negara ini.

Menurutnya, daripada jumlah berkenaan seramai 548 penjawat awam telah ditangkap sepanjang sepanjang tempoh tersebut, manakala 63 kes telah dituduh di mahkamah.

"Ini menunjukkan betapa seriusnya rasuah dalam kalangan penjawat awam, dan kita khuatir jumlah ini akan terus meningkat sekiranya tidak dibendung daripada sekarang," katanya kepada media pada majlis Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), bersama SPRM, di sini.

Sehubungan itu, bagi mencegah masalah tersebut, beliau menyarankan kepada KKLW supaya merangka pelan integriti supaya boleh memperbetulkan persepsi negatif masyarakat terhadap penjawat awam.

"Jangan disebabkan salah laku segelintir pegawai yang menerima rasuah, salah guna kuasa, integriti dan sistem penyampaian keseluruhan penjawat awam yang lain terjejas," katanya.

Resource: Sinar Harian

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.