SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencehagan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan dua pegawai wanita kastam kerana dipercayai mengambil wang rasuah daripada salah seorang penumpang warga asing yang memiliki barangan terlarang dalam bagasinya.

Kedua-dua wanita berusia 38 dan 22 tahun itu ditangkap di Bilik Unit Khas Pemeriksaan Penumpang Kastam, Lapangan Terbang Senai Johor Bahru kira-kira jam 11.20 malam, semalam.

Menurut sumber kedua-dua suspek yang ditangkap adalah pegawai kanan dan pembantu penguasa kastam masing-masing.

Katanya, mereka yang sedang bertugas ketika itu telah meminta penumpang itu membayar RM100 supaya tidak mengambil tindakan terhadapnya kerana memiliki barangan terlarang seperti tembakau dan makanan dari negara asalnya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kedua-duanya disiasat mengikut Seksyen 17 (A) Akta SPRM 2009.

Resource : Sinar Harian 

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.