Datuk Bekas KSU anak mengaku tidak bersalah terima rasuahMohd Arif Ab Rahman

KUALA LUMPUR: Bekas ketua setiausaha (KSU) Kementerian Luar Bandar dan Wilayah Datuk Mohd Arif Ab Rahman dan anaknya Ahmad Zukhairi hari ini mengaku tidak bersalah kerana menerima suapan berjumlah  SG$200,000 (RM550,000) pada 23 Ogos tahun lalu daripada sebuah syarikat tenaga solar.

Hakim Mahkamah Seksyen Azura Alwi membenarkan kedua-dua mereka diikat jamin sebanyak RM200,000 seorang.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonannya mencagarkan sebuah rumah di Subang.

Kes akan disebut semula pada 20 Mac bagi penyerahan dokumen.

Kedua-dua tertuduh didakwa kerana memberi projek Bekalan Elektrik Luar Bandar Sistem Solar Hibrid di 4 pulau terpencil di Sandakan, Sabah secara rundingan terus (reka dan bina) bernilai RM57.5 juta kepada Syarikat Eramaz (M) Sdn Bhd.

Arif didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16 (a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 bersama Seksyen 28 (1) (c) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 24 akta yang sama.

Manakala Zukhairi yang diwakili peguamnya Datuk Salehuddin Saidin, melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama.

Mana-mana kesalahan di bawah Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM yang disabitkan boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang 5 kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi

Sebelum ini kedua-duanya pernah ditangkap dan disiasat SPRM kerana disyaki menyalahgunakan kuasa jawatan dan kedudukan sebagai KSU bagi tujuan menerima rasuah sejak 2010.

Arif dan anaknya dipercayai menganugerahkan kontrak kepada pihak berkepentingan sejak dilantik sebagai pegawai kerajaan negeri bermula 2010.

Pada 4 Januari lalu, Arif dan anaknya ditahan SPRM atas dakwaan rasuah salah guna kuasa.

Susulan penahanan mereka, SPRM turut merampas dan menyita wang tunai serta jongkong emas bernilai kira-kira RM3 juta selain beberapa barangan mewah termasuk jam, beg tangan, pen dan sejumlah mata wang asing.

Sumber : Free Malaysia Today

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.