SPRM Kebanyakan suspek rasuah 40 tahun ke bawah

Lebih separuh daripada mereka yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam tempoh tiga tahun lepas berumur 40 tahun dan ke bawah, dedah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil.

"Apa yang saya paling bimbang adalah mereka yang ditahan kebanyakannya belia atau individu di bawah 40.

"Daripada apa yang kita lihat, Generasi Y sentiasa ingin cara yang mudah," katanya kepada pemberita pada forum anti-rasuah yang dianjurkan oleh Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas) di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut beliau, daripada 2,329 orang yang ditahan oleh SPRM kerana rasuah dalam tempoh tiga tahun, 1,267 orang berumur bawah 40 tahun.

Shamshun berkata, ini adalah antara sebab penting untuk memupuk kesedaran tentang rasuah dalam sektor awam sejak kecil bermula dari bangku sekolah.

Katanya, dengan itu golongan belia akan bersedia menghadapi cabaran rasuah dan memperkuatkan integriti apabila memasuki tenaga kerja.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif SPRM dalam meningkatkan kesedaran di kalangan belia, beliau berkata suruhanjaya itu telah memulakan 'Kempen Wira Anti-Rasuah'.

Ia juga telah menubuhkan Sekretariat Pencegahan Rasuah (SPR) di institusi pengajian tinggi di seluruh negara, katanya.

Sumber : Malaysiakini

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.