Anwar luang masa tonton Sherif Narko Integriti
story image
 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini meluangkan masa untuk menonton filem Sheriff Narko Integriti di Putrajaya.

Tayangan khas di Pawagam GSC anjuran Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dengan kerjasama SKOP Productions dan Astro Shaws itu turut dihadiri isteri Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil serta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Ia bersempena Kempen ERAT (Encouraging Responsibility Accountability Trustworthiness) EAIC bagi meningkatkan kesedaran integriti dan usaha membanteras salah laku seperti rasuah serta penyalahgunaan kuasa dalam perkhidmatan awam khususnya golongan penguat kuasa.

Pengerusi EAIC Tan Sri Dr Ismail Bakar berkata berdasarkan prinsip No One Is Above The Law yang menjadi mesej utama filem itu, penguatkuasaan serta pelaksanaan undang-undang harus dilaksana secara adil tanpa prejudis dan kompromi tanpa mengira pangkat atau kuasa.

 
Beliau berkata selain itu, setiap penjawat awam bermula daripada pemimpin perlu bersikap terbuka dan tidak menutup sebarang kesalahan dalam organisasi bagi meningkatkan kredibiliti serta keyakinan orang ramai terhadap perkhidmatan awam.

"Oleh itu, EAIC berharap lebih banyak karya seni dan filem seumpama Sheriff Narko Integriti akan dihasilkan oleh penggiat seni bagi membuka mata serta mendidik orang ramai khususnya penguatkuasa mengenai kepentingan integriti dan akauntabiliti dalam menjaga kedaulatan negara dan undang-undang," menurutnya dalam kenyataan sempena tayangan khas itu.

Sumber : Malaysia Kini

 
 
 

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.