Ismail. Laporan eksklusif Sinar Harian pada Selasa.

SHAH ALAM - Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mengesahkan menerima aduan berhubung isu pencemaran kilang haram yang dipercayai menjalankan operasi sampah elektronik (e-waste) di Kawasan Perindustrian Segamat 2, Johor.

Pengerusi EAIC, Tan Sri Dr Ismail Bakar berkata, siasatan awal sedang dijalankan pihaknya.

"EAIC akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang.

"EAIC juga turut meneliti keperluan mewujudkan pasukan petugas bersama pihak berkuasa yang berkaitan berhubung kes berkenaan," katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian pada Selasa.

Sinar Harian pada Selasa melaporkan berita eksklusif mengenai aktiviti kilang haram di Segamat, Johor yang dipercayai beroperasi melerai, memproses dan melebur sampah e-waste diseludup tanpa mengikut spesifikasi ditetapkan.

Kilang kitar semula barang terpakai itu disyaki beroperasi tanpa permit atau lesen sah daripada JAS bagi menguruskan keseluruhan proses barangan e-waste.

Selain itu, temu bual Sinar Harian dengan penduduk juga mendakwa mereka berdepan dengan pencemaran bau pada waktu malam disyaki akibat proses peleburan sisa e-waste.

Penduduk mendakwa mereka sering berdepan bau pencemaran pada waktu malam.

 

Sumber : Sinar Harian

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.