Jaring menggesa isu pengurusan dan penguatkuasaan oleh jabatan serta agensi yang mengawal selia perairan dan perikanan negara dipertingkatkan. Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) menerima memorandum daripada Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (Jaring) berhubung isu yang mengancam alam sekitar dan kehidupan nelayan pantai negara.

Pengerusi EAIC, Tan Sri Dr Ismail Bakar berkata, memorandum tersebut menuntut tindakan segera menghentikan penggunaan pukat tunda yang mengakibatkan kekurangan sumber perikanan dan menimbulkan konflik dengan nelayan pantai.

Beliau berkata, Jaring juga menggesa agar isu pengurusan dan penguatkuasaan oleh jabatan serta agensi yang mengawal selia perairan dan perikanan negara dipertingkatkan.

"EAIC menyedari kepentingan isu yang dibangkitkan oleh Jaring dan akan meneliti setiap cadangan yang telah dikemukakan bagi mencari penyelesaian menyeluruh," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin,

Ismail berkata, suruhanjaya itu akan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan yang berkaitan khususnya Jabatan Perikanan dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) dalam menangani isu perikanan dan perairan negara bagi memastikan langkah yang diambil selaras dengan perundangan.

Beliau berkata, langkah itu penting untuk memastikan keselamatan, keadilan, dan ketelusan dalam operasi di lapangan serta memelihara integriti negara.

Beliau berkata, EAIC akan terus memainkan peranan aktif dalam memastikan integriti dan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang, terutama berhubung isu yang melibatkan kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan komuniti nelayan pantai di Malaysia. - Bernama

 

Sumber : Sinar Harian

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.