TEKS UCAPAN
YBHG. TAN SRI DR. ISMAIL HJ. BAKAR
PENGERUSI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC)

SEMPENA

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG 2023

3 JULAI 2024 | PUTRAJAYA

[SALUTASI]

Bismillahirahhmanirrahim,

 

Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya,

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC),

 

Yang Berusaha Encik Mohd Asnawi bin Abu Hanipah,

Pengarah Bahagian Operasi EAIC,

(Menanggung Tugas Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif)

 

Yang diraikan para penerima anugerah, serta

Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian.

 

Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah. Marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan keizinan-Nya jua, dapat kita berhimpun pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) bagi tahun 2023.

2. Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada kesemua 21 orang warga cemerlang EAIC iaitu 6 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan 15 orang penerima Sijil Penghargaan Perkhidmatan Cemerlang (SPPC), yang telah memberikan perkhidmatan yang terbaik dan komitmen kerja yang tinggi sepanjang tahun penilaian 2023.

3. Majlis pada hari ini juga meraikan warga EAIC yang telah mencurahkan khidmat setia genap 10 tahun dan juga menghargai serta mengenang jasa warga yang telah meninggalkan EAIC dan kembali bertugas di agensi masing-masing, dan ada juga yang memulakan tugasan di tempat

 

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

 

4. APC merupakan tanda penghargaan dan terima kasih Kerajaan terhadap prestasi cemerlang seseorang penjawat Pemilihan penerima APC lazimnya dibuat berdasarkan pencapaian Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) pada tahun nilaian.

5. Bagaimanapun, LNPT bukanlah semata faktor yang diambil kira. Pemilihan penerima APC adalah tertakluk kepada organisasi masing- masing yang mengambil kira tempoh perkhidmatan sekurangnya genap 1 tahun pada tahun penilaian dan juga sumbangan serta penglibatan penerima dalam aktiviti yang dijalankan oleh

6. Selain itu, faktor terpenting yang diambil kira dalam pemilihan ialah pegawai atau kakitangan yang bebas daripada sebarang siasatan atau tindakan

7. Seperti yang ditekankan di dalam Mesyuarat Suruhanjaya, setiap penguat kuasa agensi penguatkuasaan seliaan yang sedang dalam tindakan siasatan penuh bagi aduan salah laku hendaklah ditangguhkan semua LNPT, Laporan Penilaian Prestasi Khas (LNPK) dan tapisan keutuhannya sehingga siasatan penuh tersebut selesai dijalankan.

8. Ini adalah untuk memastikan hanya yang benar-benar layak dipilih menerima APC dan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat serta lain- lain faedah mengikut kesesuaian yang ditawarkan oleh

9. Sekiranya pegawai yang sedang dalam siasatan bagi aduan salah laku diberikan penganugerahan serta kenaikan pangkat, ia seolah memberi signal kepada pegawai lain bahawa perbuatan tidak berintegriti yang dilakukan tidak memberi kesan dan akhirnya akan mempengaruhi pegawai lain untuk terjebak

10. Terdapat prinsipal undang-undang yang menyatakan bahawa ‘everyone is innocent until proven guilty’. Oleh yang demikian, akan ada yang beranggapan bahawa tidak adil untuk tidak membenarkan mana- mana pegawai atau kakitangan menerima penganugerahan dan kenaikan pangkat, sehinggalah mereka dibuktikan bersalah atau diambil tindakan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT). Bagaimanapun, ianya hanya bersifat Sekiranya pegawai dan kakitangan yang disiasat tersebut terbukti tidak bersalah, mereka boleh kembali menikmati semula peluang penganugerahan dan kenaikan pangkat tanpa sebarang sekatan.

11. Tindakan menyekat sebarang penganugerahan APC atau kenaikan pangkat kepada pegawai dan kakitangan yang disiasat adalah untuk menunjukkan keseriusan Kerajaan dalam mengekang sebarang salah laku dan perbuatan tidak berintegriti oleh penjawat awam yang sedang dalam

12. Bagaimana kita hendak membendung isu salah laku dan integriti jika tiada tindakan tegas Ketua Jabatan hendaklah bertegas dan tidak berkompromi terhadap mana-mana pegawai atau kakitangan, hatta penyelia kepada kakitangan sekalipun, sekiranya terdapat sebarang aduan salah laku terhadap mereka.

13. Oleh yang demikian, saya berharap agar semua warga EAIC akan terus memberikan yang terbaik dan semua penerima pada hari ini akan menjadi contoh dan role model kepada yang lain dalam melakari kecemerlangan dengan penuh berintegriti sepanjang tempoh

14. Saya percaya bahawa yang tidak terpilih pada hari ini bukanlah tidak cemerlang, tetapi kuota APC hanyalah sebanyak 8% daripada jumlah pengisian keseluruhan perjawatan pada tahun penilaian. Oleh sebab itu juga, pihak pengurusan mengambil keputusan untuk memberikan SPPC kepada 15 orang penerima sebagai suntikan semangat dan penghargaan atas khidmat penuh dedikasi yang diberikan pada tahun 2023. Manakala pada yang lain juga, masih terdapat ruang dan peluang anda untuk terus memberikan yang terbaik dalam perkhidmatan, dan insyaAllah, masa anda akan tiba juga.

 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

 

15. EAIC pada masa ini telah mengemukakan cadangan agensi yang berpotensi untuk disenaraikan di bawah Jadual Akta 700 kepada YAB Perdana Berdasarkan perkembangan terkini yang dimaklumkan, cadangan tersebut kini sedang dalam penelitian pihak Jabatan Peguam Negara (AGC).

16. Cadangan penambahan agensi ini diharap akan membuka ruang dan peluang yang lebih besar kepada EAIC bagi melaksanakan fungsi sebagai badan pengawasan integriti bukan sahaja dalam kalangan agensi penguatkuasaan sedia ada, tetapi juga merangkumi konteks agensi penguatkuasaan yang lebih besar termasuklah antaranya Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bank Negara Malaysia (BNM).

17. Menerusi cadangan penambahan agensi ini juga, ia diharap akan dapat memberi nilai tambah kepada EAIC dalam urusan penstrukturan semula untuk membentuk suatu organisasi yang lebih dinamik dengan perjawatan yang mantap dan sekurangnya setara dengan agensi

18. Usaha penstrukturan semula EAIC ini bukanlah mudah dan sudah pasti berhadapan dengan cabaran besar. Cabaran utama pada masa ini adalah cadangan penubuhan Ombudsman Malaysia yang telah dihasratkan oleh Kerajaan dengan perancangan untuk menggabungkan EAIC dan Biro Pengaduan Awam (BPA) bersama-sama di dalam Ombudsman Cadangan rangka penubuhan Ombudsman Malaysia ini dijangka akan dimuktamadkan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Agenda Reformasi Institusi dan Undang- Undang setelah selesai sesi libat urus secara holistik oleh pihak BHEUU.

19. Bagaimanapun bentuk rangka Ombudsman Malaysia itu nanti, EAIC berpegang teguh bahawa ia seharusnya diperuntukkan dengan fungsi dan kuasa yang tidak kurang (no less favourable) seperti fungsi dan kuasa sedia ada EAIC lebih-lebih lagi kuasa untuk menjalankan penyiasatan dalam memantau isu integriti penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan khususnya.

20. Dalam pada itu juga, EAIC akan terus melaksanakan Setelah mencapai 13 tahun penubuhan, fungsi dan peranan EAIC dilihat tidak mencapai potensi penuh. Terdapat dua faktor yang dikenal pasti iaitu pertama, agensi penguatkuasaan seliaan tidak mengguna pakai atau memberikan hukuman yang lebih rendah berbanding pengesyoran hukuman terhadap siasatan dan aduan yang dibuat oleh EAIC. Manakala yang kedua, EAIC dilihat kurang dikenali bukan sahaja dalam kalangan orang ramai, malah penguat kuasa, penjawat awam dan pemegang taruh.

21. Oleh yang demikian, satu Bengkel Pemantapan Kompetensi dan Penjenamaan Semula EAIC akan diadakan pada bulan Julai ini. Bengkel ini akan membuat penilaian semula terhadap visi, misi, moto, logo dan hala tuju EAIC dan seterusnya merangka pelan tindakan untuk meningkatkan lagi kompetensi dan menjenamakan semula InsyaAllah.

 

Sidang hadirin sekalian,

 

22. Sebelum mengakhiri ucapan saya pada hari ini, sekali lagi saya merakamkan ucapan tahniah kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan penerima Sijil Penghargaan Perkhidmatan Cemerlang (SPPC) yang diraikan pada hari ini.

23. Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih juga kepada Jawatankuasa Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Tahun 2023 dan semua pihak yang telah menjayakan majlis pada hari ini.

24. Semoga anugerah ini dapat menjadi pemangkin kepada penerima untuk lebih cemerlang dan kepada bukan penerima untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik di masa akan datang.

25. Kepada semua warga EAIC, sedikit pesanan dari saya, jadilah seperti gula, walaupun telah larut dan tidak lagi wujud tapi kemanisannya tetap dapat dirasai. Tinggalkan legasi dengan memberikan perkhidmatan terbaik walau di mana sahaja anda berkhidmat, walau di gred apa anda berada.

 

Sekian,

Wabillahitaufikwalhidayah,

Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.