Ismail bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Koordinasi EAIC bersama ketua jabatan agensi penguatkuasaan seliaan 2024 pada Khamis. Foto Bernama

SEPANG - Ada pihak atasan yang bersekongkol dalam aktiviti salah laku anak buah, dan menjadi 'kepala' kepada perbuatan yang mencemarkan imej perkhidmatan awam, kata Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Tan Sri Dr Ismail Bakar.

Beliau berkata, mereka yang dalam perkhidmatan awam terlibat dengan salah laku serta melanggar prinsip integriti perlu dibuang dari sistem, termasuk ketua-ketua jabatan jika mereka dikenal pasti melindungi perbuatan itu.

"Tindakan tidak popular ini perlu berani diambil walaupun tidak disukai. Tindakan sebegini boleh menyelamatkan imej perkhidmatan awam," katanya dalam ucapan pada Mesyuarat Koordinasi EAIC ersama ketua jabatan agensi penguatkuasaan seliaan 2024, di sini pada Khamis.

Beliau berkata, perbuatan penguat kuasa dan penjawat awam yang tidak berintegriti akan diketahui oleh agensi masing-masing, namun terdapat kecenderungan agensi untuk ‘menyimpan’ pegawai yang bermasalah yang harus dihentikan.

smail berkata, mana-mana ketua jabatan yang tidak mengambil tindakan terhadap pegawai berkenaan boleh dianggap melakukan satu kesalahan.

Beliau berkata, EAIC juga bimbang apabila melihat ada agensi penguatkuasaan seliaan yang seakan-akan memperlekeh pengesyoran hukuman terhadap siasatan dan aduan yang diterima EAIC.

ecara amnya beliau berkata, hukuman tatatertib yang dikenakan oleh pihak berkuasa tatatertib agensi penguatkuasaan seliaan tidak boleh lebih rendah daripada syor EAIC, memandangkan pegawai siasatan EAIC telah menjalankan siasatan lengkap dan mengambil kira setiap aspek dengan sewajarnya.

"Apabila pihak pihak berkenaan tidak mengguna pakai pengesyoran EAIC, ia secara tidak langsung memberi isyarat bahawa agensi penguatkuasaan itu tidak serius dalam usaha menangani sesuatu isu, malah telah secara terang menerima perbuatan salah laku dan tidak berintegriti," katanya.

 

Ismail berkata, sekiranya ketua jabatan menganggap salah laku integriti suatu perkara yang remeh, maka salah laku akan terus dinormalisasikan dalam kalangan penjawat awam, dan pendekatan itu menyebabkan agensi penguatkuasaan seliaan beranggapan bahawa EAIC ditubuhkan untuk mencari kesalahan.

Beliau berkata, penubuhan EAIC adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkukuh dan memperkasa integriti dalam kalangan penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan, sekaligus diterjemahkan dalam setiap pengesyoran yang diberikan EAIC.

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.