KUALA LUMPUR 8 Mac - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menahan 10 individu di sekitar ibu negara dan Selangor dan turut merampas 2.5 juta pil eramin 5 yang dianggarkan bernilai RM50 juta, hari ini.
Difahamkan, dua orang wanita antara ditahan dalam serbuan yang berakhir kira-kira pukul 7 malam ini selepas stor simpanan pil terlarang itu digeledah.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, serbuan tersebut dilakukan Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Bukit Aman.
“Syabas STING @PDRM tadi tangkap 10 orang di Kuala Lumpur dan Selangor. Rampas 2.5 juta pil eramine 5 bernilai RM50Juta di Klang. #GoPDRMGo,†katanya. - UTUSAN ONLINE
Resource : Utusan Online