Difahamkan, dua orang wanita antara ditahan dalam serbuan yang berakhir kira-kira pukul 7 malam ini selepas stor simpanan pil terlarang itu digeledah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, serbuan tersebut dilakukan Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Bukit Aman.

Justeru beliau mengucapkan syabas atas kejayaan pasukan terbabit menerusi akaun Twitter rasminya kira-kira pukul 8 malam tadi.

“Syabas STING @PDRM tadi tangkap 10 orang di Kuala Lumpur dan Selangor. Rampas 2.5 juta pil eramine 5 bernilai RM50Juta di Klang. #GoPDRMGo,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Resource : Utusan Online