R0000148
 
 
SEREMBAN: Bagi memupuk kesedaran, akauntabiliti dan integriti terhadap penghijauan alam sekitar, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mengambil inisiatif menanam 150 spesies pokok di Denai Warisan Hutan, PD Forest, Sungai Menyala dekat sini tiga hari lepas.
 
Pengarah Operasinya, Mohd Asnawi Abu Hanipah berkata, program E.R.A.T (Encouraging Responsibility, Accountability, Trustworthiness) EAIC Alam Sekitar dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Perhutanan (Perhutanan) Negeri Sembilan itu juga antara lain bertujuan menerapkan usaha ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan ekosistem.
 
"Matlamat kami adalah untuk mendidik dan mempromosikan kepentingan alam semula jadi di samping menyediakan habitat semula jadi untuk flora dan fauna kita," katanya dalam kenyataan, di sini, pada Isnin.
 
Beliau berkata, selain memenuhi tuntutan tanggungjawab sosial korporat, program tersebut adalah komitmen EAIC terhadap Program Penghijauan Malaysia sejajar dengan matlamat Kempen Penanaman 100 juta pokok 2021-2025 melalui Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.
Program E.R.A.T Alam Sekitar itu disertai 145 warga kerja EAIC bersama-sama pegawai dan petugas agensi penguatkuasaan seliaan JAS serta Perhutanan Negeri Sembilan. 

Sumber :  Bernama

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.