Capture_240115.jpg

                      PETALING JAYA: Jabatan Imigresen merekodkan aduan isu perlanggaran integriti tertinggi dengan 45 laporan diterima sepanjang tahun lalu,

                      menurut laporan dikeluarkan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).

                      Laporan dipamerkan di laman sesawang www.eaic.gov.my itu menunjukkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pula menjadi agensi kedua

                     menerima aduan tertinggi dengan 27 laporan diikuti Jabatan Kastam (17) dan Jabatan Perikanan (14).

 

                     Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) masing-masing dengan 13 aduan manakala penguat

                     kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) (11).

Capture_240115.jpg

                         Agensi menerima kurang daripada 10 aduan membabitkan Jabatan Tenaga Kerja (JTK); Perhilitan; Kementerian Kesihatan (KKM);

                         Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT); Jabatan Alam Sekitar (JAS); Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya;

                         Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

        

                         Mulai Jul 2023, EAIC tidak lagi menerima aduan terhadap polis selaras penguatkuasaan Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2022.

                         EAIC, badan berkanun ditubuhkan pada 2011 di bawah Akta Parlimen untuk menyemai dan meningkatkan integriti dalam kalangan pegawai

                        penguat kuasa serta agensi penguatkuasaan demi memperkukuh keyakinan orang ramai terhadap mereka.

 

                        Badan itu diamanahkan untuk menyelia 20 agensi penguatkuasaan termasuk Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM),

                        Maritim, dan Jabatan Sukarelawan (Rela). EAIC melaksanakan fungsi dan peranannya yang diperuntukkan mengikut Akta EAIC

                        2009, di bawah subseksyen 4(1), antaranya menerima aduan salah laku daripada orang ramai terhadap pegawai penguat kuasa 

                        atau sesuatu agensi penguatkuasaan secara amnya dan menyiasat serta mengadakan sesi pendengaran.

Capture_240115.jpg

                             Secara keseluruhan, suruhanjaya itu menerima sebanyak 6,651 aduan terhadap pelbagai agensi penguatkuasaan sejak ia ditubuhkan

                            termasuk 529 aduan tahun lalu.

 

                            Selangor merekodkan negeri tertinggi dengan 142 aduan, diikuti Kuala Lumpur (95); Johor 60); Perak (41), Pulau Pinang (39); Sabah (31);

                            Kedah (26); Putrajaya (24); Kelantan (22); Negeri Sembilan (18), manakala Terengganu, Melaka, Sarawak, Perlis dan Labuan mencatatkan

                            bawah 10 kes.

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.