Jangan ‘simpan’ pegawai bermasalah isu rasuah, salah guna kuasa – EAIC
SEPANG: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) menegur kecenderungan agensi penguatkuasaan tertentu untuk ‘menyimpan’ pegawai yang bermasalah dalam isu salah laku dan rasuah. Pengerusinya, Tan Sri Dr. Ismail Bakar berkata, mana-mana ketua jabatan yang tidak mengambil tindakan terhadap pegawai tersebut boleh dianggap melakukan satu kesalahan.
Sumber : Utusan Malaysia