Ismail (kiri) mendengar taklimat semasa mengadakan lawatan di ICQS Pengkalan Kubor, Tumpat pada Selasa.

HAZELEN LIANA KAMARUDIN

TUMPAT - Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) melihat operasi, aset dan perjawatan antara yang perlu diberikan perhatian oleh kerajaan berkait pengurusan agensi di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini.

Pengerusinya, Tan Sri Dr Ismail Bakar berkata, langkah itu mampu memperkasakan lagi penugasan seluruh agensi kerajaan di pintu masuk utama negara di kawasan sempadan.

"Ini adalah hasil maklumat turun padang yang diperoleh selain kerjasama antara agensi-agensi kerajaan di sempadan," katanya kepada pemberita semasa mengadakan lawatan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Pengkalan Kubor di sini pada Selasa.

Ismail (tengah) bersiap sedia mendengar penerangan semasa melakukan rondaan di sempadan Sungai Golok di Malaysia-Thailand berhampiran Pengkalan Kubor, Tumpat pada Selasa.

Ismail (tengah) bersiap sedia mendengar penerangan semasa melakukan rondaan di sempadan Sungai Golok di Malaysia-Thailand berhampiran Pengkalan Kubor, Tumpat pada Selasa.

Menurut beliau, pihaknya akan membawa maklumat yang diperoleh itu untuk dibawa ke pengetahuan kerajaan bagi tindakan lanjut.

Ismail (kanan) menyampaikan saluran aduan kepada pihak kastam.

Ismail (kanan) menyampaikan saluran aduan kepada pihak kastam.

Ujarnya, aset menjadi masalah utama yang perlu diberikan perhatian kerana kebanyakan aset itu sudah lama selain tidak mencukupi.

Tambah beliau, penambahan aset memerlukan perbelanjaan yang besar dan itu mungkin boleh diberikan keutamaan berpandukan kepada keperluan semasa.

"Saya turut berharap prosedur kerja dapat diberi penambahbaikan dalam usaha membendung perlakuan rasuah.

"Kita tidak mahu berlakunya kebocoran (rasuah) di peringkat lapangan," katanya.

 

Sumber : Sinar Harian

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.