100.png

Oleh: Safeek Affendy Razali

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) merekodkan lebih 100 kes salah saku membabitkan pegawai penguat kuasa sejak tahun 2023.

Pengerusinya, Tan Sri Dr Ismail Bakar berkata, antara kesalahan yang dikenal pasti termasuk penyalahgunaan kuasa, rasuah serta kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan undang-undang bertulis.

Beliau berkata, kebanyakan kes membabitkan pelanggaran SOP berkaitan proses menggeledah, penyimpanan barang kes serta tindakan sitaan yang boleh menyebabkan pegawai bertindak bertentangan dengan undang-undang.

“Agensi yang terbabit telah digesa mengambil tindakan sewajarnya dengan segera,” katanya dalam satu temubual khas di Putrajaya, baru-baru ini.

Ismail berkata, majoriti tindakan disiplin yang disyorkan EAIC adalah amaran membabitkan 90 pegawai.

“Cadangan lain termasuk 27 kes penangguhan pergerakan gaji, satu kes pemotongan gaji, tiga kes penurunan pangkat dan 16 kes buang kerja,” jelasnya.

Beliau berkata, EAIC turut merujuk tujuh kes kepada Jabatan Peguam Negara manakala dua kes lagi dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan lanjut.

“Ini diikuti kegagalan pegawai mengambil tindakan (18 kes), penyalahgunaan kuasa (12 kes), kesalahan berkaitan rasuah (sembilan kes) dan kesalahan jenayah (empat kes).

“Terma ganjaran dan syarat perkhidmatan telah dimaklumkan dengan jelas serta dipersetujui ketika pelantikan. Rasuah sebenarnya berpunca daripada sikap tamak individu dan keinginan menjalani gaya hidup di luar kemampuan yang sah,” katanya.

 

SUMBER : Buletin TV3

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.